Sertai komuniti ilmu di Pusat As-Solihin. Kami menyediakan platform pengajian tahfiz bersepadu untuk Lelaki, Perempuan, serta Pusat Pengajian pondok khas untuk Warga Emas.
Daftar Minat SekarangInstitusi sah yang berdaftar sepenuhnya di bawah badan berkuasa agama demi menjamin kualiti pengurusan kurikulum dan kebajikan.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS)
Program SIMPENI di bawah JAKIM
Sijil Pendaftaran JAIS
Sijil Pendaftaran JAKIM
Sila semak kurikulum, tawaran kemudahan serta syarat kemasukan bagi setiap cawangan pengajian kami.
Koleksi gambar suasana persekitaran dan aktiviti harian di cawangan kami.
Kemasukan Pelajar Baharu Sesi 2027
Kami memahami bahawa memilih institusi pendidikan terbaik untuk anak merupakan satu keputusan yang besar. Berikut adalah beberapa soalan yang sering diajukan mengenai kemasukan ke Maahad Tahfiz Pusat As-Solihin (MATAS).
Pengambilan pelajar dibuka kepada pelajar berumur 13 hingga 15 tahun.
Bagi pelajar yang berumur 15 tahun, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang pernah mengikuti pengajian tahfiz atau mempunyai hafazan al-Quran. Semua permohonan akan melalui proses penilaian bagi memastikan pelajar bersedia mengikuti sistem pembelajaran di MATAS.
Ya.
MATAS menerima pelajar bermula daripada peringkat Iqra' sehingga pelajar yang telah mempunyai hafazan. Setiap pelajar akan dinilai berdasarkan tahap bacaan semasa sebelum ditempatkan dalam kumpulan pembelajaran yang bersesuaian.
MATAS mensasarkan setiap pelajar untuk menamatkan hafazan 30 Juz berserta Syahadah sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Fokus utama kami ialah memastikan hafazan disempurnakan dengan bacaan yang tepat, kefahaman yang baik serta disiplin murajaah yang berterusan.
Ya.
Kelas akademik disediakan khusus kepada pelajar calon SPM selepas mereka berjaya menamatkan hafazan 30 Juz dan Syahadah. Bagi memastikan persediaan akademik yang berkualiti, MATAS turut bekerjasama dengan beberapa maahad sekitar, Yayasan Selangor, serta menyertai seminar, bengkel dan program akademik yang dianjurkan oleh Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (PITAS). Pendekatan ini membantu pelajar membuat persediaan yang lebih tersusun bagi menghadapi peperiksaan SPM.
Yuran pengajian adalah seperti berikut:
• Yuran Pendaftaran : RM100 (sekali sahaja)
• Yuran Tahunan : RM100
• Yuran Bulanan : RM250
• Calon SPM : RM300 sebulan
Yuran ini digunakan bagi menampung kos pengurusan, pembelajaran, kebajikan serta kemudahan yang disediakan kepada pelajar sepanjang tempoh pengajian.
Ya.
MATAS melaksanakan sistem berasrama penuh bagi memastikan proses pendidikan, hafazan, tarbiah dan pembentukan sahsiah dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Persekitaran asrama juga membantu pelajar membina disiplin diri, pengurusan masa dan semangat hidup bermasyarakat.
Kehidupan pelajar di MATAS disusun mengikut modul harian yang sistematik. Aktiviti bermula seawal 4.30 pagi dan berakhir sekitar 10.30 malam, merangkumi:
Keselamatan and kebajikan pelajar merupakan antara keutamaan pihak MATAS. Pelajar sentiasa dipantau oleh guru, warden dan kepimpinan pelajar melalui sistem pemantauan harian serta SOP keselamatan yang telah ditetapkan. Warden turut memastikan keberadaan pelajar sentiasa dipantau sepanjang hari bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat dan kondusif.
Ya.
MATAS mengalu-alukan permohonan daripada pelajar yang ingin menyambung hafazan daripada maahad tahfiz lain. Setiap permohonan akan melalui sesi temuduga dan penilaian tahap hafazan bagi memastikan pelajar ditempatkan pada tahap yang bersesuaian.
MATAS membawa identiti pendidikan yang berteraskan konsep "Al-Quran & Pemimpin". Kami bukan sekadar melahirkan pelajar yang menghafaz al-Quran, tetapi berusaha membentuk generasi yang berpegang teguh kepada al-Quran, berakhlak mulia, berdisiplin tinggi, berjiwa pemimpin dan bertanggungjawab terhadap agama serta masyarakat.
Tidak. MATAS tidak mensyaratkan pelajar mesti mempunyai hafazan sebelum mendaftar. Yang lebih penting ialah minat, kesungguhan serta kesediaan untuk mengikuti sistem pembelajaran dan tarbiah di MATAS.
Ya. Semua pemohon akan melalui sesi temuduga dan ujian bacaan al-Quran. Tujuannya bukan untuk mencari pelajar yang terbaik, tetapi bagi mengenal pasti tahap semasa pelajar supaya pembelajaran dapat disusun dengan lebih berkesan.
Proses permohonan adalah seperti berikut:
Pengambilan pelajar dibuat mengikut sesi yang ditetapkan oleh pihak maahad. Segala hebahan berkaitan tarikh permohonan akan diumumkan melalui laman web dan media sosial rasmi MATAS.
MATAS menggabungkan beberapa komponen utama pendidikan iaitu: Al-Quran & Hafazan, KAFA Menengah, Bahasa Arab, Modul Al-Quran & Pemimpin, Kemahiran Hidup, Kokurikulum, serta Akademik (Calon SPM).
Tempoh pengajian bergantung kepada perkembangan hafazan setiap pelajar. Matlamat utama ialah memastikan pelajar berjaya menamatkan hafazan 30 Juz berserta Syahadah sebelum menduduki peperiksaan SPM.
Tenaga pengajar MATAS terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dalam bidang Hafazan Al-Quran, Tajwid, Pengajian Islam, Bahasa Arab, dan Akademik. Guru-guru turut berperanan sebagai murabbi.
Keunikan MATAS terletak pada konsep "Al-Quran & Pemimpin". Selain menghafaz al-Quran, pelajar dibimbing melalui modul kepimpinan, disiplin, komunikasi, khidmat masyarakat dan pembangunan sahsiah.
Setiap dorm menempatkan sekitar 20 orang pelajar dengan kemudahan katil dua tingkat serta dipantau oleh warden.
Ya. Pelajar disediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam setiap hari mengikut jadual pemakanan yang disediakan oleh pihak maahad.
Ya. Lawatan ibu bapa dibenarkan mengikut jadual dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak maahad bagi memastikan perjalanan pembelajaran pelajar tidak terganggu.
Bagi membantu pelajar memberi tumpuan sepenuhnya kepada hafazan, telefon bimbit tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran khas pihak maahad.
Guru and warden akan memantau keadaan pelajar. Sekiranya pelajar memerlukan rawatan lanjut, ibu bapa akan dimaklumkan dengan segera.
Ya. Pelajar dipantau oleh warden yang bertanggungjawab terhadap aspek keberadaan, disiplin dan keselamatan pelajar di asrama.
MATAS mengamalkan pendekatan tarbiah, nasihat dan disiplin. Pelajar dipantau melalui jadual harian, sistem komandan, ketua dorm serta peraturan maahad.
Ya. Pihak maahad akan berkongsi perkembangan pelajar dari semasa ke semasa meliputi Hafazan, Disiplin, Sahsiah, serta Akademik (Calon SPM).
Ya. Yuran bulanan dibayar mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pihak maahad.
Pihak maahad sentiasa berusaha membantu keluarga yang benar-benar memerlukan, tertakluk kepada syarat, kelayakan dan dana yang tersedia.
Konsep "Al-Quran & Pemimpin" merupakan identiti pendidikan MATAS. Selain memberi penekanan kepada hafazan al-Quran, pelajar dilatih menjadi individu yang berdisiplin, berani memimpin, dan mampu menyumbang kepada umat.
Lulusan MATAS berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Tahfiz Al-Quran, Pengajian Islam, Akademik, TVET, Pendidikan Tinggi, serta bidang profesional yang diminati.
Masih mempunyai pertanyaan? Pilih cawangan di bawah dan borang ini akan dihantar terus via WhatsApp.