Modul As-Solihin Centre
Bengkel Tahsin Al-Fatihah
Ustaz Muhammad Syamil bin Sallehen
Jom Belajar Membaca Al-Fatihah Dengan Betul! 📖
🌟 Fadhilat Surah Al-Fatihah 🌟
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bertanya kepada Ubai bin Kaʾab,
كَيْفَ تَقْرَأُ فِي الصَّلَاةِ؟ فَقَرَأَ أُمَّ الْقُرْآنِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا أُنْزِلَتْ فِي التَّورَاةِ وَلَا فِي الْإِنْجِيلِ وَلَا فِي الزَّبُورِ وَلَا فِي الْقُرْآنِ مِثْلُهَا، وَإِنَّهَا سَبْعٌ مِنَ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنُ الْعَظِيمُ الَّذِي أُعْطِيتُهُ
Maksudnya: “Bagaimanakah kamu membaca dalam solat?” Lalu beliau membaca surah al-Fatihah. Rasulullah bersabda, “Demi Zat Yang jiwaku dalam genggaman-Nya, tidak ada surah yang seumpamanya diturunkan di dalam Taurat, Injil dan Zabur. Al-Fatihah ialah ‘sabʿu al-masani’ dan itulah al-Quran yang agung yang diberikan kepadaku.”
📚 (HR Tirmizi, hadis hasan sahih)
👑 Surah Yang Paling Agung 👑
Nabi SAW bersabda kepada Abu Said bin al-Mu’alla: "Tidakkah kamu menginginkan untuk aku mengajarkan kepada kami surah yang paling agung di dalam al-Quran sebelum kamu keluar dari masjid ini?."
الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ، هِيَ السَّبْعُ المَثَانِي، وَالقُرْآنُ العَظِيمُ الَّذِي أُوتِيتُهُ
Maksudnya: “Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam (surah al-Fatihah) adalah tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh al-Quran yang amat besar kemuliaannya yang telah diberikan kepadaku.”
📚 (HR Bukhari, hadis sahih)
🗣️ Allah Menjawab Surah Al-Fatihah 🗣️
Nabi SAW bersabda:
مَنْ صَلَّى صَلَاةً ، لَمْ يَقْرَأْ فِيهَا بِأُمِّ الْقُرْآنِ ، فَهِيَ خِدَاجٌ ، ثَلَاثًا غَيْرُ تَمَامٍ
Sesiapa yang mendirikan solat, sedangkan dia tidak membaca Ummul Qur’an (al-Fatihah), maka dia telah cacat, tidak sempurna.
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu disoal: (Tetapi) kami solat di belakang imam? Beliau menjawab: Bacalah (surah al-Fatihah) sendiri-sendiri.
Allah s.w.t berfirman: "Aku telah membahagikan as-Solah (nama lain surah al-Fatihah) kepada dua bahagian antara aku dan hamba Ku. Untuk hamba Ku apa yang dia mohon."
💖 Dialog Kita Dengan Allah 💖
Apabila hamba membaca: Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.
✨ Allah menjawab: "Hamba Ku telah memuji Ku."
Apabila membaca: Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
✨ Allah menjawab: "Hamba Ku telah memuliakan Ku."
Apabila membaca: Yang Menguasai hari pembalasan.
✨ Allah menjawab: "Hamba Ku telah mengagungkan Ku. Hamba Ku telah menyerahkan segala urusan kepada Ku."
Apabila membaca: Hanya Engkau kami sembah, dan hanya kepada Engkau lah kami pohoh pertolongan.
✨ Allah menjawab: "Inilah dia antara Ku dan hamba Ku. Untuk hamba Ku apa yang dia minta."
Apabila membaca: Tunjukilah kami jalan yang lurus...
✨ Allah menjawab: "Inilah antara Ku dan hamba Ku. Buat hambaku apa yang dia minta."
📚 (HR Muslim, hadis sahih)
🕌 Al-Fatihah: Rukun Solat! 🕌
Solat TIDAK SAH jika tidak membaca surah al-Fatihah. Rasulullah SAW bersabda:
لَا صَلَاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ
"Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca al-Fatihah." (HR Bukhari dan Muslim)
Wajib Membaca Bertajwid!
وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلًا
"Dan bacalah al-Quran itu dengan tartil." (Surah Muzammil ayat 4)
⚠️ Solat Batal Jika Salah Baca? ⚠️
- Imam al-Nawawi mengatakan bacaan al-Fatihah WAJIB merangkumi kesemua hurufnya dan kesemua tanda sabdu.
- Jika kesalahan mengubah maksud ayat (contoh: membaca أَنْعَمْتُ dengan baris hadapan dengan sengaja, padahal yang betul أَنْعَمْتَ), maka BATAL SOLATNYA!
- Jika kesalahan tidak mengubah maksud (contoh: membaca نَعْبُدُ dengan baris atas), solat tidak batal, tetapi makruh dan HARAM dilakukan sengaja.
- Kesalahan tajwid (panjang pendek, dengung) tidak batalkan solat, tapi PERLU DIPERBAIKI dari semasa ke semasa!
Rujukan: Maktabah Al-Bakri
❌ 27 Kesalahan Biasa (Bahagian 1) ❌
❌ 27 Kesalahan Biasa (Bahagian 2) ❌
❌ 27 Kesalahan Biasa (Bahagian 3) ❌
Alhamdulillah! 🎉
Jom kita perbaiki bacaan Al-Fatihah kita!
As-Solihin Centre